smile, you are beautiful darling..

smile, you are beautiful darling..

Friday, 30 March 2012

busy busy

Assalammualaikum,

hai blogger lama tak update blog, kan kan rindu gila. oh my gucci lately busy sangat dengan sekolah hmm tahu 2 la seorang pelajar mesti selalu date dgn buku and tuition, nk ready utk peperangan besar tahun ni tau tau je la okay :D. banyak gila nak story mory dalam ni, tapi masa menceburui kita kan, sooo.. nak buat macam mana hahah *poyo* okay la 3 mggu lepas ujian 1 not bad la keputusan sbb baru ujian 1 kan kita tengok pulak midyear cm mane haihh, tiera target midyear nk 5A's boleh ke, insyaallah boleh kan kalau ada kekuatan tentu ada kemampuan kan, AMIN tiba2 rindu pulak dengan sekolah bila dah habis spm nanti yela bnyak kenangan manis . eh dua minggu lepas masa result spm keluar haha kelakar la tengok senior tahun lepas yela dulu pelajar sm (sekolah menengah) sekarang tgk macam dah kerja bergaya betul budak zaman sekarang ni lawa gitu macam ana lulu alah cerita yang dekat tv 3 tu =p bila tengok diorang ada yang dapat result bagus menangis, ada yang dapat result kurang bagus itu semua hasil usaha diorang dulu kan kan kan. sooo pengajarannya sekarang ni ambik semangat supaya kita dapat buat yang terbaik untuk spm nanti okay. semalam cikgu baru bagi kerja khusus akaun yg kena buat, makk aii bila tengok je kertas tu terus "blur" banyak gila nak kena buat, lepas tu nak kena siapkan dalam masa sebulan waish ini tidak adil ni, ceh ceh adil la cuma kena korban kan masa tengok citer korea hmmm :'( cedih tapi tak pe curi2 tengok bole la hhaha kenapa tiba-tiba hati rasa sebak eh, hmm entahlah rindu nak luahkan semua dekat blog ni, sebenarnya banyak lagi nak cerita tapi tak pelah yg lain biar saya luahkan dalam diary je, hik2 ada yg private hoho, okayla tata xoxoxo <3

Monday, 30 January 2012

geram~

Assalammualaikum, 

      huhh geramnya *dua hari berturut-turut geram, training lambat sengal la budak tu, okay ni gila lepas geram -_______- GERAM . Diorang ni sebenarnya reti tak ke tak nk tengok jam, nasib baik la tiera ni jenis lembut, eh tapi lembut sikit la. 'tak tepati masa' ayat yang lengkap dan bagus. yang kawan tiera sorang lagi ni pun satu buat la pukul 4 ke or 4 lebih, da tahu kelas ada yang balik lambat nak juga buat pukul 3 aiyoo penat la. actually pukul 3 boleh je, tapi masalahnya diorang ni reti pulak "tepati masa". -_______________- GERAM!! okay bye3, next time tulis tulis lagi, haha xoxoxo

Monday, 23 January 2012

rindu kawan lama :(

Assalammualaikum,

okay, tiba-tiba rindu dekat my kawan, masa sekolah rendah hmm. Nama dia Amanina, nasib baik jumpa facebook dia bole la chitchat sampai sekarang. Dulu kan, masa zaman sekolah rendah kelakar je kita orang pernah bergaduh la, baik2 semula la apelah haha tapi dia ni pandai juga. dia pon pernah cakap kat tiera yang dia rindu nk sekolah kat smk bukit indah yelah sebab ramai kawan-kawan sekolah sana. Selalu juga dia tanya mcm mana sekolah sana best ke tak, then tiera cakap la, happening gila haha *saja buat dia jealous ceh ceh..
Dia ajak jumpa lepas habis SPM nihh, agaknya bole lah kot keluar harap2 la mak kasi, sebab da habis SPM ka, tapi dia ajak keluar dekat the curve, damansara.. aishh tidak jauh sebenarnya tempat itu. tapi bila dengar dia ajak keluar, lepaks2 terus rasa macam sekarang ni juga nak jumpa dia. HAHAHA.. yelah da lama kot tak jumpa dia da bertahun2. nasib baik la dia still kena tiera lagi, tapi nak juga ajak kawan-kawan zaman sekolah rendah dulu, ntah ingat lagi ke diorang tu kat aku eh, hmm.. tapi kebanyakkan diorang ada fb, soo.. don't worry bebeh..  Dulu masa zaman sekolah rendah, masyaallah hanya tuhan saja yang tahu macam mana rupa tiera dulu, teruk yang amat dengan pakaian nya kotor, yelah budak2 kan besa la time2 rehat baju kalau sehari tak sah, kalau tak comot. Kasut sekolah pon xde nya seminggu tu putih, satu hari sekolah terus bercorak coklat dekat kasut tu haihh, kelakar la pulak bile flashback balik masa kecik2. Lepas tu2 kan, kalau tak siap kerja sekolah kena bebel dengan cikgu, eh bebel tu perkara biasa buatku, tak kisah sangat, tapi pernah sekali darjah 2 tak siap kerja sekolah ni, kena campak buku latihan amekkaaw terus campak buku latihan, balik2 kena marah dengan ayah. HAHAHA siodd je dulu. Dulu time sekolah rendah, budak yang bernama athirah ni malas sikit nak buat kerja sekolah, liat kata kan hahaha.....
okaylah bye2 nanti kita sambung citer lain pula eh xoxoxoxo..

Thursday, 19 January 2012

Alhamdulillah-HOCKEY =D

Assalammualaikum, hye awak yang tengah baca tu, =D

   Alhamdullilah, besyukur kehadrat ilahi, akhirnya dapat juga medals hoki. saya suka, saya suka hehe okay game dia pada hari rabu. hoaa.. memang game kita org gempak gila, wa cakap sama lu HAHAHA.. lawan pon dengan sekolah yang gempak mana hebat kan. first game, kita orang skor 2-0 dengan sekolah taman ehsan, second game 1-0 dengan sekolah ape tah and third game 3-0 huihh mana gempak kan, kata pon third mestilah kena tiga, HAHAH XD. Susah gak, nak score game dgn sekolah2 yang lain, tapi alhamdullilah kan rezeki =)



berat jugak medals dia tu, gembira habis je kami ni =D. cuba cari mana saya, da jumpa? tahniah anda orang pertama. AHHAHAHA gilo, eh eh citer dia tak habis lagi ni, haa masa game yg terakhir tu kita orang lawan dengan SMK Sungai Pusu, sekolah kawan tiera, tapi pada masa yang sama sekolah bekas pengetua saya, sekarang  ex pengetua pindah situ sebab dinaikkan pangkat. haish my ex pengetua hmm, tak payah cakap la weyh, banyak perubahan yang dia telah buat kat sekolah ni, memang berat sebenarnya nak bagi dia pergi sana, *ceh ceh,poyo.. tapi nak buat macam mana kan rezeki dia kat sana, okay back to story mory kita k, haha haa.. citer pasal sekolah tu, boleh tahn juga hebatnya,, masa kita orang main hoki ni terjumpa pula dengan kawan tiera yang nama dia dalila, alaaa dalila yang comel tu, hehe.. dia hebat juga main 'tengah'.. tiera main defender, kira defender sekolah kita kuat juga la =p huiihh balik-balik dari tournament memang penat giler, da la malam tu kena pergi tusyen, tusyen pula pukul 8 balik pukul 7.30 memang citer dia tak pergi la ka, HAAA..  bila citer dia tiera tak pergi , jadi automatiknya kena bebel ngan my daddy, haish tebal je telinga, sabor je la hehe yela orang penat pastu nak kena pergi tusyen pula tu, aiyaa okaylah sambung nanti, nak makan HAHA bye yalls xoxoxo..

Friday, 13 January 2012

kepenatan

Assalammualaikum, =D



hai yalls haha lama tak update blog kan, okay sekarang ni serious penat giler + letih.. sebab petang tadi ada hoki, then tiera terkejut beruk, sebab game next week hari jumaat dah la hari khamis haritu baru je practice ajar budak form 1 n yg lain, penat pon tak hilang lagi. Esok pula ada fitness pukul 7 pagi kot!!. okay itu tidak awal sebenarnya -,-' okayla berkorban la sikit sebab game next week je. petang tadi hujan pula, aiyoo nasib baik sempat main dekat gelanggang bola keranjang. okay citer pasal "gelanggang" nih.. sekolah rendah tiera yg lama "sktbi", sekolah itu sebenarnya "tidak maju" maju kott!! sebab ada khas punya utk hockey, eh mana saya jealous.. hmm yela sekolah tu kan ramai anak orang berada. No wonder la, bole buat macam2 gelanggang kan. lepas tu jersi hoki tak buat lagi, aish tak rasa kelam-kabut ke. nasib baik la wa bukan kapten hoki, kalau wa kapten aiyoo rasa pengsan ouh. tapi kawan tiera tu okaylah juga kapten sebab dia da smpai peringkat daerah selangor huwoo.. tererkan =P * jeles sekejap haha.. okaylah da mengantuk la sambung nanti okay bye xoxxoxoxo

Tuesday, 3 January 2012

tomorrow

Assalammualaikum =)


4/1/2012 SEKOLAH time haha. esok da start sekolah, tata cuti sekolah. Now, a new chapter has begin into my life as  spm candidate. hmm rasa sayang nak tinggalkan 2011 bnyak kenangan pahit dan manis terukir pada tahun itu :').. bersyukur kerana dapat teruskan hidup pada tahun ini, Alhamdullilah. well esok da sekolah, tiera harap dapat kuatkan semangat untuk terus belajar bersungguh2 dan rajin.. macam biasa la kan first day sekolah mesti excited nak jumpa kawan, yelah lama tak jumpa diorang kann tiera :). lepas tu minggu kedua mungkin ada "merentas desa", haha itu saya msti wajib masuk yezz!!! harap tak pancit nih, da la jarang jogging plak tu. lepas tu msti ada pembahagian koko ouh macam biasa la malas nk tukar2ni. so kekal je la yang lama punya HAHA. dulu kadet polis sekarang pon kadet polis juga lah. tapi sukan je tiera nak tukar it is teng teng HOKI haha, dulu pernah masuk bola jaring, tapi mcm takde geng la :(. so final decision is nak masuk Hoki. best sebenarnya hoki mencabar Ooo O_0. cousin tiera ckap trial spm bulan 7 eh mana takot saya.. mak cakap " adik, trial spm bulan 7 kan, so buat betul2 ".. okay insyaallah. tapi macam biasa la kena kuatkan iman untuk belajar kang tak pasal "malasnya nak study" ,Haaa.. NONONO!! tak boleh macam tu la. focus okay. okay tiera good luck and do da best okay!! fighting!! => xoxoxo